Lightweight 15kg Carbon Printed Electric Wheelchair Rental FA03D
$22.84
$28.32
Pertama kali menggunakan khidmat sewa wheelchair daripada Fresco Bike [sewa selama seminggu]. Model FA30D, mudah lipat. Memuaskan 1] Service centre yang attentive- berhubung melalui whatsapp rasmi dan kebanyakan pertanyaan tidak mengambil masa lama untuk dijawab oleh mereka. 2] Rajin berkongsi maklumat- Untuk pengaturan kerusi roda dengan syarikat penerbangan, secara amnya airlines akan minta pelbagai maklumat. Yang penting adalah butiran mengenai bateri kerusi roda [airlines hanya akan benarkan bateri lithium yang boleh detach, oleh kerana ia perlu dibawa sebagai carry on dan bukan check in luggage. Pihak Fresco ada sediakan maklumat bateri tersebut. 3] Pengaturan yang senang untuk bayar sewa secara online dan juga deposit. Deposit saya dipulangkan dalam masa <24 jam selepas pemulangan kerusi roda. 4] Ketika mengambil kerusi roda, penjelasan yang amat jelas tentang cara penggunaannya. Sila fokus pada cara penggunaan, bagaimana nak caj dan paling penting bagaimana nak tanggal dan pasang semula bateri. Silaka bertanya banyak soalan/pencerahan. Cadangan penambahbaikan: 1] Cuba dapatkan maklumat berasingan daripada airlines sendiri tentang syarat-syarat dan peraturan. Sekurang-kurangnya ada maklumat tambahan yang boleh bantu pelanggan. Paling kurang, daripada Malaysia Airlines, Air Asia, Batik dan middle eastern airlines [terutama yang ada transit untuk umrah etc] 2] Sediakan siap siap carta atau butiran spesifikasi wheelchair dalam satu page/carta. Pihak Fresco ada berikan manual penuh tapi lama jugak nak cari naklumat ini, lebih baik mereka sediakan macam summary chart sbb airlines akan tanya specs [tinggi, berat, dimensi etc]. Elok bagi gambar dan butiran specs dalam 1-2 page sahaja. Overall, puas hati. Harap cadangan penambahbaikan boleh diterima sebagai memastikan khidmat sewa yang lebih baik, insya-Allah. Wslm
Rental